Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka

Dreamz Hotel adalah antara hotel budget yang terdapat di Bandar Hilir, Melaka. Kedudukan hotel ini sangat strategik dan sesuai bagi yang ingin memulakan lawatan anda di Melaka.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Dreamz Hotel terletak berhampiran A'Famosa, Jonker Walk, Pawagam Golden Screen Cinemas, Mahkota Parade, Menara Taming Sari, dan Dataran Pahlawan. Kalau jalan kaki dari hotel ke lokasi, tak sampai 5 minit sudah sampai.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Apabila mendaftar disini, layan yang diberikan, sangat memuaskan. Perkhidmatan room service juga sangat pantas dan baik. Penginapan yang disediakan sangat bersih dan kemas, namun tetapi tiada almari di dalam bilik bagi jenis bilik standard.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Untuk yang ingin merasai masakan makan di Melaka, anda tidak perlu risau kerana di sekitar Dreamz Hotel terdapat beberapa restoran dan boleh dilalui dengan jarak berjalan kaki sahaja. Hari Jumaat sehingga Sabtu, bermula dari pukul 7 malam hingga 1 pagi pula, ada pasar malam dihadapan Hotel. Kalau nak beli buah tangan, memang banyak pilihan.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Tiada parking percuma dan perlu membeli kupon parking untuk mengelakkan dikenakan kompuan. Bayaran parking mengikut jam.


Bagi yang ingin beriadah dengan basikal, anda boleh menyewa basikal yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan harga berpatutan.


Antara kemudahan yang disediakan;
  • Wi-Fi Percuma
  • Penghawa Dingin
  • Kipas,
  • Kemudahan Seterika
  • Kerusi dan Meja
  • TV (Channel Astro)



Dreamz Hotel, Melaka
2&4, Plaza Mahkota, Jalan PM6, Bandar Hilir,, Malacca City Center, Malacca / Melaka, Malaysia 75000





Monday, November 17, 2014

Hotel Centre Point (near Water Theme Park A'Famosa Resort, Melaka)

First time! Aku bawa family ke Water Theme Park A'Famosa Resort, Melaka. Memandangkan ini adalah percutian budget, aku tempah secara online Hotel Centre Point, yang terletak di Alor Gajah , Melaka. Jarak perjalanan dari Water Theme Park A'Famosa Resort ke Hotel Centre Point cuma 4.9KM @ 6 minit perjalanan menggunakan kereta.


Hotel Centre Point Melaka



Untuk info anda, tempahan secara online menerusi Agoda.com adalah lebih murah 10 - 20 peratus berbanding secara walk-in atau buat panggilan untuk tempahan.


Sebelum ini, aku ada call hotel tersebut, ingatkan nak buat tempahan menerusi panggilan sahaja, mana tau boleh dapat murah, tetapi bila, reception hotel yang bertugas masa tu suggest aku buat tempahan online menerusi Agoda sahaja. Boleh dapat rate murah berbanding walk-in.


Untuk bilik Double Queen yang memuatkan 4 orang seperti gambar dibawah, harga yang ditawarkan secara online cuma RM142.17 semalam, berbanding harga asal, RM 160++


Hotel Centre Point Melaka



Bilik Double Queen yang disediakan memang selesa,dan luas. Didalam bilik ini mempunyai

  • 2 Double Queen with both soft & firm pillows.
  • Air Conditioning
  • Lounge Chair
  • Tuala Mandi
  • 4 Botol Mineral Water
  • Meja dan 2 kerusi
  • Samsung LCD TV
  • Alat Pemanas Air di Bilik Air
  • Hairdryer upon request
  • Iron/board upon request
  • Touch-on door access security card
  • FREE WiFi Internet (in-room & lobby)

Hotel Centre Point Melaka



Hotel Centre Point Melaka



Dari Water Theme Park A'Famosa Resort, anda akan jumpa Hotel Centre Point di sebelah kiri dan berhadapan dengan Pasar Besar Tampin, Negeri Sembilan. Kalau nak lagi senang, cari Domino's Pizza. Oh ya, kalau anda tengok maps, Hotel Centre Point terletak diantara sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.


Hotel Centre Point Melaka



Hotel ini mempunyai 37 bilik pelbagai jenis yang mana setiap bilik disediakan pemanas air dan aircond, untuk keselesaan tetamu. Antara kemudahan lain yang disediakan kawasan TV , tempat simpanan bagasi , tempat letak kereta , Wi - Fi percuma di semua bilik dan di ruang menunggu.


Hotel Centre Point Melaka



Dari Hotel Centre Point, kalau nak cari gerai makan di sini memang tak susah, selain Domino's Pizza yang terletak dibawah hotel, ada juga Restoran Makanan Melayu dan Hailam Kopitiam yang terletak berhampiran.


Lokasi lain yang boleh anda akses;
  • Water Theme Park A'Famosa Resort, Melaka - 4.9KM
  • Kolam Renang Hutan Lipur Gunung Tampin, Hutan Lipur Gunung Tampin - 2.8KM
  • Air Panas Gadek - 8.2KM
  • Pantai Klebang, Malacca - 35.5KM



Hotel Centre Point, Melaka
PT759, Centre Point Tampin, Jalan Bunga Tanjung, Alor Gajah, Malacca / Melaka, Malaysia 73000





Thursday, November 6, 2014

Quayside Hotel Melaka

Sekiranya anda bercuti di Melaka, dan mencari penginapan yang santai, kami cadangkan anda menginap di Quayside Hotel.


Quayside Hotel Melaka



Untuk yang first time ke sini, Quayside Hotel Melaka ini asalnya adalah sebuah gudang atau warehouse yang telah diubahsuai menjadi sebuah 3-stars boutique hotel. Kalau tengok hiasan dalamanya, memang anda tidak menyangka, dulu ianya sebuah gudang. Ruang lobinya juga luas dan selesa.


Quayside Hotel Melaka



Dibuka secara rasmi pada tahun 2013 dalam satu majlis oleh Ketua Menteri Melaka, Quayside Hotel menawarkan 30 bilik penginapan pelbagai jenis, yang mana 8 daripadanya mempunyai balkoni, dan menyajikan panorama tepi sungai yang indah. Di sini, terdapat dua jenis view yang boleh anda pilih, samada river view ataupun street view. Personally, kalau yang inginkan suasana santai, the best option is river view with balcony.


Quayside Hotel Melaka



Antara kemudahan yang disediakan Quayside Hotel, adalah perkhidmatan wifi percuma, bilik persidangan , stesen internet dengan pencetak dan sebuah kedai hadiah eksotik dengan souvenir besar dan yang terbaru, sebuah coffee house, halia Inc restoran yang mengadap sungai Melaka.


Quayside Hotel Melaka



Terletak bersebelahan Sungai Melaka dan di tengah-tengah pusat pelancongan Melaka, Quayside Hotel memberikan anda satu kelebihan untuk anda akses ke tempat-tempat menarik di Melaka seperti Jonker Walk, A'Famosa, Hard Rock Cafe Melaka, Melaka River Cruise, Bangunan Stadhuys dan banyak lagi.


Quayside Hotel Melaka



Oh ya, bagi pengunjung yang menginap disini, sarapan pagi diberi secara percuma atau complimentary to all hotel guests.


Quayside Hotel Melaka
No,1 Jalan Merdeka Bandar Hilir, Jonker, Malacca / Melaka, Malaysia 75000





Tuesday, July 8, 2014

Famosa Homestay Melaka

Bagi yang inginkan kelainan, dan penginapan homestay di pusat bandar Melaka, anda boleh menginap di Famosa Homestay yang terletak tidak jauh dari Stesen Bas Lama Melaka. Dari sini, tetamu boleh menikmati akses mudah ke beberapa lokasinya yang menarik, seperti Bukit Cina Hill, Capitol Satay, Hospital Putra, Southern Hospital, Villa Sentosa dan banyak lagi.

( Untuk terus menempah, boleh klik di –> Famosa Homestay Melaka)

Famosa Homestay Melaka



Famosa Homestay menawarkan penginapan dengan harga berpatutan, serendah RM 80 / semalam.


Kesemua bilik-bilik dilengkapi dengan kemudahan seperti penghawa dingin, televisyen, TV satelit/kabel, pengering rambut, kemudahan seterika dan lain-lain lagi.


Famosa Homestay in Melaka



Famosa Homestay Melaka
No. 124, Jalan Munshi Abdullah, Pusat bandar Melaka, Melaka, Malaysia 75100