Showing posts with label malacca hotel. Show all posts
Showing posts with label malacca hotel. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Homestay Bidara Maisarah - Tanjung Bidara, Melaka

Kali ini kami berkesempatan untuk review Homestay Bidara Maisarah yang terletak di Tanjung Bidara, Melaka. Lokasi yang bagus untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga, memancing ataupun melawat kaum keluarga yang tinggal berdekatan.


homestay melaka tanjung bidara



Kemudahan penginapan yang disediakan di sini, antaranya 3 bilik tidur. Bilik tidur utama ( katil saiz queen, hawa dingin, kipas), bilik tidur 2 & 3 (katil bujang, kipas angin). Kalau anda nak tahu, Homestay Bidara Maisarah, mempunyai ruang tamu yang agak luas ( turut disediakan TV LCD + siaran ASTRO, kipas). Jadi sekiranya tidak cukup untuk beristirehat di dalam bilik, di ruang tamu pun boleh.



homestay melaka



Di dapar, disediakan 1 meja makan untuk 6 orang. Kemudahan lain, disediakan juga peti sejuk, cerik elektrik, Kopi/teh 3 + 1 disediakan. Oh ya, disini dilarang memasak ya. Mungkin owner nak kekalkan kebersihan didalam rumah. So, kalau nak makan, kena beli makanan diluar la ya.


tanjung bidara beach resort



Homestay Bidara Maisarah mempunyai ruang halaman yang luas untuk kanak-kanak bermain.


Antara tempat-tempat menarik berhampiran Homestay Bidara Maisarah, antaranya


5 minit atau 1.0 km ke Pantai Tanjung Bidara
5 minit atau 1.5 km ke Komplek Falak Al-Khawarizmi
5 minit atau 3 km ke Pusat Pemeliharaan dan Penetasan Penyu Kara
7 minit atau 5 km ke Pantai Pengkalan Balak
6 minit atau 6 km ke Stesen Janakuasa Elektrik POWERTEK
10 minit atau 11 km ke Pekan dan Restoran Terapong Ikan Bakar Kuala Sg. Baru.
10 minit ke Kolej Matrikulasi Londang
15 minit atau 17 km ke Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) dan Akademi Laut Melaka (ALAM)
20 minit ke Bandar Masjid Tanah, Kolej Komuniti dan ke Institut Teknologi Unggas (ITU)
20 minit atau 19 km ke Kuala Linggi & Tanjung Agas.
20 minit ke UiTM Lendu
30 minit ke Bandar Alor Gajah


Antara Hotel / Homestay berdekatan yang kami cadangkan;




homestay tanjung bidara



Waktu "Check in" pukul 3:00 PM
Waktu "Check out" pukul 12:00 PM
(waktu-waktu ini bolih berubah mengikut rundingan atau jika terdapat ruang waktu lapang/kekosongan


Harga promosi RM250.00 / malam. bagi setiap tempahan, wang jaminan tempahan atau deposit sebanyak RM100/tempahan diperlukan. Wang jaminan akan dikembalikan ketika hari terakhir sewaan.


Homestay Bidara Maisarah Tanjung Bidara Melaka



Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya tiga (3 hari) dari tarikh sewaan. Untuk pertanyaan dan tempahan sila hubungi;
019-3218387 ( Mohd Anuar) - anuar2412@gmail.com
013-3428387 ( Aisah )- aisahanuar@gmail.com
012-6800969 ( Siti Zulaikha)



Tuesday, November 18, 2014

Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka

Dreamz Hotel adalah antara hotel budget yang terdapat di Bandar Hilir, Melaka. Kedudukan hotel ini sangat strategik dan sesuai bagi yang ingin memulakan lawatan anda di Melaka.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Dreamz Hotel terletak berhampiran A'Famosa, Jonker Walk, Pawagam Golden Screen Cinemas, Mahkota Parade, Menara Taming Sari, dan Dataran Pahlawan. Kalau jalan kaki dari hotel ke lokasi, tak sampai 5 minit sudah sampai.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Apabila mendaftar disini, layan yang diberikan, sangat memuaskan. Perkhidmatan room service juga sangat pantas dan baik. Penginapan yang disediakan sangat bersih dan kemas, namun tetapi tiada almari di dalam bilik bagi jenis bilik standard.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Untuk yang ingin merasai masakan makan di Melaka, anda tidak perlu risau kerana di sekitar Dreamz Hotel terdapat beberapa restoran dan boleh dilalui dengan jarak berjalan kaki sahaja. Hari Jumaat sehingga Sabtu, bermula dari pukul 7 malam hingga 1 pagi pula, ada pasar malam dihadapan Hotel. Kalau nak beli buah tangan, memang banyak pilihan.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Tiada parking percuma dan perlu membeli kupon parking untuk mengelakkan dikenakan kompuan. Bayaran parking mengikut jam.


Bagi yang ingin beriadah dengan basikal, anda boleh menyewa basikal yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan harga berpatutan.


Antara kemudahan yang disediakan;
  • Wi-Fi Percuma
  • Penghawa Dingin
  • Kipas,
  • Kemudahan Seterika
  • Kerusi dan Meja
  • TV (Channel Astro)



Dreamz Hotel, Melaka
2&4, Plaza Mahkota, Jalan PM6, Bandar Hilir,, Malacca City Center, Malacca / Melaka, Malaysia 75000