Friday, December 19, 2014

Homestay Pak Habib Pulau Pinang

Untuk kali ini, aku akan review pasal Homestay Pak Habib yang terletak di Jelutong, Pulau Pinang. Kalau datang melalui Jambatan Pulau Pinang, akan mengambil masa dalam 12 minit dan 14 minit sekiranya melalui pengangkutan Feri.


Kami memilih melalui Jambatan Pulau Pinang, kerana lebih cepat berbanding dengan pengangkutan Feri.


Homestay Pak Habib Pulau Pinang



Untuk ke homestay ini, memang tak susah kerana berdekatan dengan Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu dan seterusnya susur ke Jalan Tanjung Bungah. Dari jauh anda sudah boleh nampak Apartment Mutiara Vista yang menempatkan homestay ini. Kalau nak cam, ada pam minyak Shell dan Esso di belah kiri.


Sampai disini, kalau nak parking, memang tak susah. Anda boleh memilih samada untuk parking diluar ataupun didalam kawasan Apartment. Mana-mana pun boleh.


Homestay Pak Habib Pulau Pinang



Masa kami tiba, hari sudah petang. Sempat la berbual dengan pemilik homestay ini sambil melihat pemandangan bandar Pulau Pinang dan Bukit Bendera. Memang cantik !


Homestay Pak Habib Pulau Pinang



Homestay Pak Habib mempunyai 3 bilik iaitu 2 bilik tidur & 1 bilik ruang solat (bilik tidur tambahan). Antara kemudahan yang disediakan, adalah seperti :-
  • Set dapur masak
  • Seterika
  • Mesin basuh
  • Peti sejuk
  • Aircond (bilik utama)
  • Jug letrik
  • Kipas angin (setiap bilik dan ruang tamu)
  • Extra toto& bantal..


Homestay Pak Habib Pulau Pinang


Antara tempat-tempat menarik yang berdekatan;
  • 12 min ke Masjid negeri Pulau Pinang
  • 11 min Pusat Bandar
  • 12 minit ke Hospital Besar Pulau Pinang.
  • 18 minit ke Bukit Bendera,
  • 13 minit ke Prangin Mall


Homestay Pak Habib Pulau Pinang

Homestay Pak Habib Pulau Pinang



Harga, RM 180 / semalam, yang mana bagi aku, memang berbaloi sekiranya mempunyai bilangan yang ramai. Bilik pun luas dan selesa.


Kalau datang cuti-cuti di PULAU PiNANG dan ingin menginap di sini, anda boleh hubungi Pn Fiza - 0124430109 @ En Yusman - 0192984220 untuk tempahan atau keterangan lanjut.


Homestay Pak Habib
Taman Mutiara Vista, Jalan Bakau
Penang, Malaysia


LIMA Hotel / Homestay murah yang berdekatan:

No comments:

Post a Comment