Monday, November 17, 2014

Hotel Centre Point (near Water Theme Park A'Famosa Resort, Melaka)

First time! Aku bawa family ke Water Theme Park A'Famosa Resort, Melaka. Memandangkan ini adalah percutian budget, aku tempah secara online Hotel Centre Point, yang terletak di Alor Gajah , Melaka. Jarak perjalanan dari Water Theme Park A'Famosa Resort ke Hotel Centre Point cuma 4.9KM @ 6 minit perjalanan menggunakan kereta.


Hotel Centre Point Melaka



Untuk info anda, tempahan secara online menerusi Agoda.com adalah lebih murah 10 - 20 peratus berbanding secara walk-in atau buat panggilan untuk tempahan.


Sebelum ini, aku ada call hotel tersebut, ingatkan nak buat tempahan menerusi panggilan sahaja, mana tau boleh dapat murah, tetapi bila, reception hotel yang bertugas masa tu suggest aku buat tempahan online menerusi Agoda sahaja. Boleh dapat rate murah berbanding walk-in.


Untuk bilik Double Queen yang memuatkan 4 orang seperti gambar dibawah, harga yang ditawarkan secara online cuma RM142.17 semalam, berbanding harga asal, RM 160++


Hotel Centre Point Melaka



Bilik Double Queen yang disediakan memang selesa,dan luas. Didalam bilik ini mempunyai

  • 2 Double Queen with both soft & firm pillows.
  • Air Conditioning
  • Lounge Chair
  • Tuala Mandi
  • 4 Botol Mineral Water
  • Meja dan 2 kerusi
  • Samsung LCD TV
  • Alat Pemanas Air di Bilik Air
  • Hairdryer upon request
  • Iron/board upon request
  • Touch-on door access security card
  • FREE WiFi Internet (in-room & lobby)

Hotel Centre Point Melaka



Hotel Centre Point Melaka



Dari Water Theme Park A'Famosa Resort, anda akan jumpa Hotel Centre Point di sebelah kiri dan berhadapan dengan Pasar Besar Tampin, Negeri Sembilan. Kalau nak lagi senang, cari Domino's Pizza. Oh ya, kalau anda tengok maps, Hotel Centre Point terletak diantara sempadan Melaka dan Negeri Sembilan.


Hotel Centre Point Melaka



Hotel ini mempunyai 37 bilik pelbagai jenis yang mana setiap bilik disediakan pemanas air dan aircond, untuk keselesaan tetamu. Antara kemudahan lain yang disediakan kawasan TV , tempat simpanan bagasi , tempat letak kereta , Wi - Fi percuma di semua bilik dan di ruang menunggu.


Hotel Centre Point Melaka



Dari Hotel Centre Point, kalau nak cari gerai makan di sini memang tak susah, selain Domino's Pizza yang terletak dibawah hotel, ada juga Restoran Makanan Melayu dan Hailam Kopitiam yang terletak berhampiran.


Lokasi lain yang boleh anda akses;
  • Water Theme Park A'Famosa Resort, Melaka - 4.9KM
  • Kolam Renang Hutan Lipur Gunung Tampin, Hutan Lipur Gunung Tampin - 2.8KM
  • Air Panas Gadek - 8.2KM
  • Pantai Klebang, Malacca - 35.5KM



Hotel Centre Point, Melaka
PT759, Centre Point Tampin, Jalan Bunga Tanjung, Alor Gajah, Malacca / Melaka, Malaysia 73000





No comments:

Post a Comment