Tuesday, November 18, 2014

Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka

Dreamz Hotel adalah antara hotel budget yang terdapat di Bandar Hilir, Melaka. Kedudukan hotel ini sangat strategik dan sesuai bagi yang ingin memulakan lawatan anda di Melaka.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Dreamz Hotel terletak berhampiran A'Famosa, Jonker Walk, Pawagam Golden Screen Cinemas, Mahkota Parade, Menara Taming Sari, dan Dataran Pahlawan. Kalau jalan kaki dari hotel ke lokasi, tak sampai 5 minit sudah sampai.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Apabila mendaftar disini, layan yang diberikan, sangat memuaskan. Perkhidmatan room service juga sangat pantas dan baik. Penginapan yang disediakan sangat bersih dan kemas, namun tetapi tiada almari di dalam bilik bagi jenis bilik standard.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Untuk yang ingin merasai masakan makan di Melaka, anda tidak perlu risau kerana di sekitar Dreamz Hotel terdapat beberapa restoran dan boleh dilalui dengan jarak berjalan kaki sahaja. Hari Jumaat sehingga Sabtu, bermula dari pukul 7 malam hingga 1 pagi pula, ada pasar malam dihadapan Hotel. Kalau nak beli buah tangan, memang banyak pilihan.


Dreamz Hotel Bandar Hilir Melaka



Tiada parking percuma dan perlu membeli kupon parking untuk mengelakkan dikenakan kompuan. Bayaran parking mengikut jam.


Bagi yang ingin beriadah dengan basikal, anda boleh menyewa basikal yang disediakan oleh pihak pengurusan dengan harga berpatutan.


Antara kemudahan yang disediakan;
  • Wi-Fi Percuma
  • Penghawa Dingin
  • Kipas,
  • Kemudahan Seterika
  • Kerusi dan Meja
  • TV (Channel Astro)



Dreamz Hotel, Melaka
2&4, Plaza Mahkota, Jalan PM6, Bandar Hilir,, Malacca City Center, Malacca / Melaka, Malaysia 75000





No comments:

Post a Comment